Salam semua...
9 Februari 2010 genap setahun penubuhan Agroworld Biotech yang diterajui oleh saudara Falah Dizar,Encik Shahredan,Mimiey dan Cik Krna.Penubuhan Agroworld ini tercetus apabila kami saling berhubungan,berkongsi idea serta bertukar pendapat mengenai industri penternakan kambing di malaysia.
Kejayaan pertama kami sejak penubuhan ini adalah mengadakan aktiviti konvoi iaitu menjelajah ke pantai timur melawat ladang-ladang ternakan sambil belajar.Pelbagai rintangan suka duka kami harungi bersama.Alhamdulillah program yang dirancang berjalan sehingga ke penghujungnya.
Aktiviti konvoi pertama kami agak tidak teratur kerana kami masih baru,tapi berkat kerjasama antara satu sama lain ianya mencapai matlamat dan objektif kami.Terima kasih kami ucapkan kepada semua peserta yang turut serta dalam program yang dianjurkan.
Di bawah ini,kami sertakan gambar-gambar kenangan kami bersama peserta konvoi menjelajah ke Negeri Terengganu Darul Iman dan Melaka Bandaraya Bersejarah.

orang-orang yang bertanggungjawab menjayakan program Agroworld Biotech.Dari kiri saudara Falah,Shahredan,mimiey dan krna.

Gambar di atas ini kami rakamkan di Ladang Rakyat Terengganu yang diketuai oleh Encik Mohamad Ali.Terima kasih kami ucapkan kepada semua tuan empunya ladang yang memberi kerjasama dan sokongan pada kami bagi menjayakan program ini.Mengikut perancangan awal kami hanya 4 buah ladang sahaja yang akan kami lawati,tetapi apabila kami sampai disana,kami dijemput oleh beberapa buah ladang lagi untuk bersama-sama berkongsi ilmu,mengeratkan silaturahim dan berkenal-kenalan.Alhamdulillah...banyak manfaat yang kami dapat dari sana.

Selesai sahaja konvoi pertama kami ke Negeri Terengganu,kami menerima berbagai maklum balas positif dan negatif dari sahabat ternak semua.Kami gunapakaikan apa maklumbalas yang diberi itu bagi memantapkan lagi program ini.Alhamdulillah....program kami mendapat sambutan sekali lagi.Ada dikalangan penternak dan penternak baru meminta kami menganjurkan sekali lagi konvoi ke pantai timur.Atas sokongan semua,program konvoi kedua dijalankan dan kali ini disertai hampir 20 peserta.Terima kasih kami ucapkan pada semua kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menjayakan program ini.Di atas ini,gambar kenangan kami di Ladang Ternakan Cosmopal yang diketuai oleh Hj Zainuddin dan anaknya.

Selesai sahaja program kami di pantai timur,kami membuat perancangan pula untuk mengadakan konvoi terakhir sebelum kedatangan Bulan Ramadhan.Konvoi ketiga kami kali ini menuju pula ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.Walaupun hanya 10 peserta yang terlibat,kami merasakan konvoi ke Melaka ini adalah konvoi terbaik kami.Ini kerana segala perjalanan berjalan dengan baik dan tepat pada masanya.Terima kasih kami ucapkan pada semua peserta dan tuan empunya ladang yang memberi kerjasama dan sokongan.Gambar kenangan terakhir ini,kami rakamkan diladang ternakan Alpha Megah kepunyaan Hj Omar.
Insyaallah,jika diizinkanNYA...kami akan kembali aktif dengan program-program baru untuk manfaat kita semua.Sokongan dari sahabat semua amatlah kami alu-alukan.Terima kasih pada semua kerana terus menyokong kami.Sampai kita bertemu lagi di lain hari dengan program baru serta kelainan yang dibawa.Sekian...........................
0 comments:
Post a Comment