Showing newest 12 of 15 posts from July 2009. Show older posts
Showing newest 12 of 15 posts from July 2009. Show older posts

Wednesday, July 29, 2009

LAWATAN TERAKHIR AGROWORLD CONVOYER KE AZAM BEST FARM

Akhirnya..destinasi terakhir konvoi kami pada kali ini ialah ke Ladang Ternakan Azam Best Farm yang terletak di Merlimau.Kedatangan kami di sana disambut oleh En Khairol yang tersipu2 malu..hehehe.Selesai sahaja aktiviti kami di tempat Hj Omar..kami semua singgah di Medan Selera Pekan Merlimau untuk makan tengahari dan seterusnya solat Zohor disana.Perjalanan kami ke sana semuanya berjalan lancar..sehingga kami semua hampir terbabas..huhu.Mane tidaknya..saya yang menjadi pemandu arah hanya memandang di tepi jalan mencari jalan masuk ke tempat beliau.Sudah hampir ke jalan masuk baru saya perasan 'signboard' AZAM BEST FARM yang sentiasa berada ditepi jalan sudah tiada..aper lagi,kami semua brek mengejutla..maaf ye kawan2,saya terlalai seketika..( dlm hati..nanti ko kerol,aku ketuk jgk dia nih..hehe).Jom la kita layan jerr gambar kat bawah.



hehehe..pok azam menceritakan detik2 cemas yang berlaku dipersimpangan masuk


aii..ni la signboard yang buat kami semua hampir terbabas.Kata kerol..signboard tu baru saje dicabut oleh pihak Majlis.Patut ler xde kat luor sana..


sempat lagi pok azam posing ngan anak biri2 dorper.


Kerol tengah menerangkan sedikit sebanyak perjalanan penternakan beliau serta jenis2 kambing yang terdapat di kandang beliau.



aii bro..x abis2 duk perah dari tkdi..hehehe.


sampai disini sahaja coretan kami pada kali ini.Kami mengucapkan ribuan Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti konvoi ini.Jasamu semua akan kami kenang buat selama-lamanya.Kami cuba melakukan yang terbaik untuk anda semua..Maaf,jika ada kekurangan dari pihak kami.Yang baik datangnya dari ALLAH SWT..yang lemah dan tidak baik datangnya dari kami.Mohon ampun dan maaf dari kami..Semoga hubungan yang terjalin akan terus terjalin.InsyaAllah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kita akan berjumpa pada next konvoi ke Indonesia pada bulan Oktober nanti.InsyaAllah

LAWATAN AGROWORLD CONVOYER KE LADANG HJ OMAR ( ALPHA MEGAH FARM )

Tepat jam 10.00 pagi, kami sampai ke destinasi ketiga iaitu ladang ternakan kambing milik Hj Omar.Sampai saja di hadapan pintu masuk ke ladang beliau..kami dapati pintu pagar berkunci.Ape lagi..dengan pantasnya saya menelefon Hj Omar...hehehe.Beliau pun sebenarnya baru nak gerak pergi buka pintu..sekali kami sampai dulu daa..hehehe.Tempat beliau memang besar dan cantik dipenuhi dengan rumput napier.Tengokla gambar disekeliling ladang beliau..di hadapan pintu masuk pun dah dipenuhi kehijauan rumput napier.Jom lerr..kite layan gambar kat bawah.

hehehe..tengokla jejaka2 ensem tuh..x sabau2 nak masuk


dah masuk pun ke dalam..masing2 teruja nak tahu apa aktiviti seterusnya.


seisi kenal-kenalan dengan tuan empunya ladang.....


Hj Omar menerangkan sistem pengaliran air yang digunakan ditempat beliau.Nak selit sedikit cerita..masa kami membuat lawatan ke kandang beliau,kami dikejutkan dengan kehadiran 'orang baru'..gamatla sekejap,masing2 yang x pernah mengalami situasi tu terus merakam detik2 kelahiran 'orang baru' sampai abis.


selesai lawatan ke kandang,kami rehat seketika sebelum meneruskan aktivti di tanah lapangan ( belajar tanam napier daa...)


Menuju ke lokasi tanah yang hendak dibajak dan menanam napier


penerangan mengenai cara membajak tanah,penggunaan baja dan cara menanam.


peserta termuda konvoi kali ini.Si kecil ini juga mempunyai cita-cita dan impian mahu menjadi seorang penternak kambing yang berjaya.Dia nak ikut jejak langkah ayahandanya...aminn.


aii..x putus2 soalan diajukan oleh peserta2 ni.Tgkla tuh..sepanjang jalan Hj Omar terpaksa melayan kerenah kami..hehehe

HARI KEDUA AGROWORLD CONVOYER DI MELAKA


Alhamdulillah aktiviti pada hari pertama semuanya berjalan lancar.Keesokkan harinya kami akan berkonvoi lagi menghala ke arah Merlimau.Pada pagi 26 Julai 2009..kesemua peserta sudah siap sedia dari awal pagi lagi..bersemangat betol diorang nih.Pagi tu saya la orang paling lambat turun ke lobby untuk sarapan pagi..hehehe.Jangan marah yer kawan2..ada hal yang perlu sy selesaikan sebelum turun.Kita layan gambar di bawah sepanjang sarapan pagi kami di lobby Hotel Semabok Inn.



saya sorang je yang belum makan..yang lain dah sibuk mentelaah mencari maklumat-maklumat yang boleh dikongsi bersama.




entah apalh yang dibincangkan oleh diorang semua nih erk.....





wah..tengokla tuh,siap surf internet lagi..hehe.Paling exticed pok azam kite la..teruk dia kena perli ngn kawan2 yang lain.



wah seriusnya muka jejaka2 ensem nih..huhu.Bincang aper tu weiii..........

p/s: selesai saje kami sarapan pagi di lobby hotel..kami memulakan aktiviti konvoi menuju ke Ladang Ternakan Hj Omar.Nak tahu cerita seterusnya..tunggu saya update...hehehe




AGROWORLD CONVOYER MAKAN MALAM DI UMBAI

Tepat pukul 8.00 malam,kami semua bergerak menuju ke Restoran Ikan Bakar yang terletak di Umbai , Melaka.Selepas kepenatan satu hari kami menjelajah 2 buah kandang..tibalh masanya kami beristirehat sambil berbual-bual kambing..hehehe.Kalau dah nama penternak kambing..xde topik lain yang akan diceritakannya semuanya pasal kambing..kambing boer,kalahari,feral,biri-biri,kampung dan macam-macam lagi la.Kalau nak diceritakan pasal kambing ni sampai esok pun x abis.Disebabkan perut semua dah berkeroncong..sampai saje kami di restoran itu,kami terus dihidangkan dengan menu yang telah ditempah khas untuk semua peserta.Aper lagi..layan jer la gambar kat bawah tu..jgn ada yang meleleh air liur plak.hahaha







sebelum kami pekena ikan bakar..kami pekena dulu buah-buahan yang dibawa oleh peserta dan buah rambutan yang pok azam amek kt tempat Cikgu Halim

aper yg diceritakan En Azman kite tuh..bukan main gelak besar lagi



sabar pok..tahula lapau.hehehe




huhuhu..penuh satu meja makanan,gasakla korang.hahaha




selepas 2 jam kami semua bersidang di meja makan,kami semua bergerak balik menuju ke hotel untuk beristirehat.Esok pagi2 kami semua akan sambung lagi aktiviti..nak tahu citer seterusnya..TUNGGUUUU.hehehe





LAWATAN AGROWORLD CONVOYER KE LADANG TERNAKAN KAMBING S.G.I FARM

Seperti yang dirancang..selesai sahaja aktiviti dan lawatan di Ladang Ternakan Cikgu Halim,kami bertolak menuju pula ke S.G.I Farm yang terletak di Bukit Rambai , Melaka.Dalam perjalanan kami ke sana..kami berhenti seketika di Masjid yang berhampiran untuk menunaikan solat zohor.Sesudah itu kami bergerak kembali menuju ke S.G.I Farm.Alhamdulillah...sepanjang perjalanan ke sana semuanya berjalan lancar.Sampai saje kami disana..kami disambut oleh tuan empunya farm iaitu En Norman yang ensem lagi kacak bergaya..hehehe,disamping itu ada juga beberapa sahabat ternak yang lain turut hadir dan berkongsi cerita dengan kami semua.Terima kasih kami ucapkan pada En Hamid ( Mixgoatfarm ) Pak Abu ( bekas kakitangan Veterinar ),En Shahrul ( Pembantu SGI ) dan lain-lain.Di bawah ini ada beberapa gambar sepanjang kami berada di sana.Ingin kami kongsikan pengalaman dan cerita kami disana.Kawan-kawan semua layan la gambar kat bawah tuhhh.....



ape keje la si sharul ( baju coklat ) tuh..hehehe.Sekali En Hamid kite dtg buat spot check daa...hehehe,jgn marah yer...gurau jer.

wah sempat lagi posing dibawah sinaran matahari yang mengelegak di atas kepala nih..hehehe.Belasah ler labu..huhu.Nak perkenalkan jugak siapakah barisan2 jejaka ensem dan awek2 cun di atas..hehe.Dari kiri yg berdiri tu Azrol,Faizal,Azman ( zamanagrofarm ),Falah Dizar,Pn.Shah dan Cik Harna.Dari kiri duduk pula Pok Azam,Mimiey,Pak Abu,En Norman,En Hamid dan En Suffian ( Permatangagrofarm ).


seisi perbincangan yang panas lagi berapi..hehehe


inila kandang milik En Norman..besau betol,lain dari yang lain..ongkosnya banyak ya pak??hehe


huhuhu...siap canopy bagai,macam nak sambut pengantin pulak..hehehe.Kebetulan di hari lawatan kami ke tempat En Norman..beliau mengadakan majlis doa selamat.

p/s: kami bersurai pada jam 6.00ptg dan terus menuju ke tempat penginapan untuk check in.Malam pula kami keluar makan malam di Restoran Ikan Bakar Umbai..nak tahu cerita seterusnya...tunggu sambungannya.hehehe

Monday, July 27, 2009

AGROWORLD CONVOYER KE LADANG TERNAKAN CIKGU HALIM , MELAKA

Alhamdulillah di awal pagi 25 Julai 2009 aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan izinNYA.Segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan baik dan dirahmatiNYA.Terima kasih kami ucapkan kepada semua peserta kali ini.Di antara peserta yang turut serta pada kali ni ialah En Azman & Pn Liza ( ZAMAN AGRO FARM , KUANTAN ), En Shariff ( BUKIT DIMAN , TERENGGANU ) , En Suffian & Pn Harishah ( PERMATANG AGRO FARM , KUANTAN ) , En Azrol & En Faizal ( KLUANG , JOHOR ) , En Khairol n kawan ( AZAM BEST FARM ) dan tidak lupa juga pada Ahli Jawatankuasa AgroWorld En Falah Dizar , Cik Harna dan juga saya ( Mimiey ).

Destinasi pertama AgroWorld Convoyer pada hari sabtu ialah Ke Ladang Ternakan kambing milik Cikgu Halim yang terletak di Tabung Naning, Simpang Ampat Melaka.Terima kasih saya ucapkan kepada Cikgu Halim kerana sudi menerima kunjungan kami dan berkongsi ilmu.Di bawah ni saya ada sertakan beberapa gambar sepanjang aktiviti di tempat beliau.



Tugu yang terdapat di pintu masuk ke Ladang Ternakan Cikgu Halim

seisi taklimat dan suaikenal antara peserta

Cikgu Halim

Lawatan Ke Kandang dan penerangan yang disampaikan oleh cikgu Halim

seisi soal jawab mengenai ternakan kambing

Ke semua peserta selesai membuat lawatan ke kandang beliau

Sedikit penerangan pembinaan kandang oleh cikgu halim

peserta menuju ke tempat taklimat

sempat lagi En Shariff memetik buah rambutan yang terdapat di Ladang Cikgu Halim.
p/s : sampai disini dulu coretan aktiviti AgroWorld Convoyer pada hari pertama.Sambungan aktiviti pada sebelah petang ke Ladang Ternakan En Norman akan dikemaskini kemudian.










































































































































Wednesday, July 15, 2009

PERASMIAN KANDANG BARU AGROWORLD DI LENGGONG,PERAK

Alhamdulillah...kandang baru AgroWorld yang bertempat di Lenggong ,Perak telah dirasmikan pada 13 Julai 2009.Boleh tahan lama jugak kandang di Lenggong ni nak mulakan operasi.
Dengan kehadiran 23 ekor kambing kampung,kandang tersebut telah memulakan operasinya.

Kandang AgroWorld yang terletak di Lenggong dikendalikan oleh saudara Falah.Disini saya lampirkan gambar kandang Agroworld di sana.Gambar terbaru masih belum saya terima dari saudara Falah.InsyaAllah nanti akan dikemaskini dari masa ke semasa perkembangan AgroWorld.

Sokongan dan dorongan kawan-kawan banyak membantu kami untuk terus maju.Terima kasih kami ucapkan kepada semua.







Tuesday, July 14, 2009

TIDAK PUAS HATI DENGAN AGROWORLD KER??

Aiii..kenapa pulak topik ni yang saya bangkitkan??Apa yang terjadi???Saya ceritakan serba sedikit apa yang berlaku hari ini.Ada ler seorang Hamba Allah yang hadirnya dari kalangan rakan-rakan saya juga yang tidak puas hati dengan program yang dianjurkan oleh AgroWorld.


Beliau mempertikaikan aktiviti konvoi yang kami anjurkan.Beliau beranggapan kami hanya mengambil kesempatan atas keghairahan orang dalam industri penternakan kambing ini.Beliau membuat tuduhan yang tidak masuk dek akal jugak kadangnya.Kenapa harus ada hasad dengki diantara kita semua??Kenapa perlu menindas dan mengutuk kami??kami ada menyusahkan kawan2 semua ker?kami ada buat paksaan ke utk turut serta program kami?


Untuk pengetahuan,aktiviti konvoi yang kami rancang adalah atas dasar permintaan dari sahabat-sahabat ternak kami.Salah ke cara kami membawa kawan-kawan semua dengan satu imej dan keseragaman?Kami sebagai penternak tidak layak ke memiliki imej dan beruniform??Tidak boleh ke kami berpakaian kemas??Kenapa isu T-shirt harus diperbesarkan?


Kami bergerak atas semua modal sendiri,kami tidak dapat apa-apa bantuan atau sponsor dari mana-mana pihak.Kalau la kami dapat semua tuh..kami tidak akan kenakan apa-apa bayaran.Dalam dunia ni tak de yang free lagi..mati pun pakai duit.Ye la..mana nak beli kain kapan,mana nak upah orang gali kubur,mana nak upah orang mandikan jenazah..sape kata tu semua x perlukan duit.Cume kalau si mati itu diri sendiri..memang kita x pikirla pasal duit.


Maafla kalau kata-kata itu ada buat sesiapa tersinggung.Kami AgroWorld ada cara tersendiri,kalau rasa tidak boleh ikut cara kami...duduk diam saje la.Jangan disebabkan seorang Hamba Allah ni..program kami tergendala semuanya.Kawan-kawan fikirla sendiri..Semuanya dikurniakan otak cerdik pandai,kalau x mane boleh nak menternak..ye x??


Terima kasih pada semua kerana sudi meluangkan masa membaca luahan isi hati kami ini,dan tidak lupa juga terima kasih kami pada kawan-kawan yang terus memberi sokongan dan kata-kata semangat.Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.

Monday, July 13, 2009

TENTATIF AGROWORLD CONVOYER DI MELAKA

25 Julai 2009


8.00 am - 9.00 am : Berkumpul di Hentian R & R Seremban

9.00 am - 10.30 am : Perjalanan Ke Ladang Ternakan Kambing Cikgu Halim
( Samiah Goat Farm )

10.30 am - 12.30 pm : Aktiviti di Ladang

12.30 pm - 1.00 pm : Perjalanan Ke Ladang Ternakan En Norman
( SGI Integerated Farm )

1.00 pm - 1.30 pm : Berhenti Solat

1.30 pm - 2.00 pm : Meneruskan perjalanan ke SGI Farm

2.00 pm - 3.00 pm : Makan Tengahari di SGI Farm

3.00 pm - 5.00 pm : Aktiviti di Ladang

5.00 pm - 5.30 pm : Perjalanan menuju ke tempat penginapan

5.30 pm - 6.00 pm : Check In

6.00 pm - 8.00 pm : Aktiviti bebas

8.00 pm - 8.30 pm : Menuju ke Restoran Ikan Bakar Terapung Umbai

8.30 pm - 10.30 pm : Makan Malam & Aktiviti santai

10.30 pm - 11.00 pm : Perjalanan balik ke hotel




26 Julai 2009


8.00 am - 9.00 am : Sarapan pagi

9.00 am - 9.30 am : Check Out

9.30 am - 10.00 am : Perjalanan ke Ladang Ternakan Hj Omar

10.00 am - 12.00 pm : Aktiviti di ladang

12.00 pm - 12.30 pm : Perjalanan ke Restoran

12.30 pm - 2.00 pm : Makan Tengahari & Solat

2.00 pm - 2.30 pm : Perjalanan Ke Ladang Azam Best Farm

2.30 pm - 4.30 pm : Aktiviti di Ladang

4.30 pm - 6.00 pm : Konvoi balik ke Kuala Lumpur



p/s : Sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa ke semasa.Harap Maklum

PAKEJ AGROWORLD CONVOYER KE MELAKA

RM 150 / SEORANG
2 HELAI T-SHIRT AGROWORLD CONVOYER
STICKER KERETA
MAKAN & MINUM ( 2 HARI )
PENGINAPAN ( 2 HARI 1 MALAM )
P/s : Penyertaan adalah terhad!!Siapa cepat dia dapat.Sila hubungi AJK Agroworld untuk pengesahan penyertaan.Setiap penyertaan dikenakan bayaran deposit RM 100, selebihnya perlu dibayar semasa pendaftaran.

TARIKH TRIP AGROWORLD CONVOYER KE MELAKA

Selepas membuat perbincangan untuk mengadakan trip konvoi menjelajah Negeri Melaka , kami mendapat kata sepakat untuk mengadakan konvoi pada :


Tarikh : 25 dan 26 Julai 2009
Lokasi : Alor Gajah,Bukit Rambai dan Merlimau
Jumlah peserta : 30 orang
Tarikh tutup : 19 Julai 2009
P/s : Penyertaan agak terhad.Siapa cepat dia dapat..ramai peserta dari pantai timur akan turut serta pada kali ini.

Sunday, July 12, 2009

SENARAI LADANG TERNAKAN KAMBING YANG AKAN DILAWATI

Salam semua kawan-kawan.......

Alhamdulillah,selesai sudah urusan saya ( Mimiey ) di Melaka.Seperti yang kawan-kawan sedia maklum,kami AgroWorld Convoyer akan mengadakan aktiviti Lawatan Sambil Belajar.Kali ini destinasi AgroWorld Convoyer adalah di Negeri Melaka.Alhamdulillah..urusan saya dengan beberapa buah Ladang Ternakan Kambing di Melaka mendapat kerjasama yang baik.Terima kasih saya ucapkan kepada Cikgu Halim ( Samiah Goat Farm ),En Norman ( SGI Integrated Farm ), Haji Omar dan tidak lupa juga pada Azam Best Farm.

Di sini saya menceritakan serba sedikit latarbelakang dan juga tujuan lawatan ke Ladang-ladang Ternakan yang telah disenaraikan.Ini boleh memberi sedikit gambaran kepada semua tentang perjalanan aktiviti yang akan dijalankan.



Di bawah ini adalah Ladang Ternakan milik Cikgu Halim yang terletak di Tabung Naning, Melaka.Nama beliau tidak asing lagi dalam dunia penternakan kambing ini.Beliau mempunyai ternakan kambing hampir 600 ekor.Beliau juga ada mengadakan kursus Penternakan Kambing.Tujuan kami membawa rakan-rakan semua ke sana adalah untuk mempelajari serba sedikit teknik rawatan penyakit ternakan dan pemprosesan makanan ternakan kambing.

Seperti yang kami sedia maklum,kawan-kawan ada meminta kami mendapatkan kebenaran dari Cikgu Halim untuk mempelajari teknik rawatan Batu Karang pada ternakan kambing.Alhamdulillah..beliau sudi berkongsi ilmu berkenaan penyakit ternakan.Saya juga dimaklumkan oleh Cikgu Halim,beliau hanya menurunkan ilmu beliau pada orang yang betul-betul ingin tahu.Dengan kesibukkan beliau setiap hari,mustahil bagi kawan-kawan untuk berjumpa beliau secara peribadi.Dengan adanya insiatif sebegini,beliau tidak menolak untuk menerima kunjungan dari sahabat ternak semua.

Untuk pengetahuan semua,Ladang Ternakan Kambing Cikgu Halim ini akan dirobohkan.Ini kerana tanah kawasan ladang ternakan beliau akan diambil oleh kerajaan Melaka untuk membina Landasan Keretapi.Semua ternakan beliau ini akan di alihkan ke tempat lain.Di bawah ini,saya lampirkan beberapa gambar Ladang Ternakan beliau.



Destinasi seterusnya,AgroWorld Convoyer akan ke Ladang SGI Integrated Farm milik En Norman yang terletak di Bukit Rambai, Melaka.Disini kita akan dapat mempelajari teknik dan kaedah rekod ternakan kambing dan juga penyembelihan.Selain itu,kawan-kawan juga boleh melihat sendiri kelainan kandang beliau.Dibawah ini,saya lampirkan juga beberapa gambar disekeliling Ladang Ternakan beliau.









Destinasi seterusnya,kita akan menuju ke Ladang Ternakan kambing milik En Khairol dan En Shamsul yang terletak di Merlimau,Melaka.Nama Ladang mereka juga tidak asing dikalangan rakan ternak di Malaysia.
Di sini,mereka akan menceritakan serba sedikit pengunaan Tinja kambing dan bagaimana cara mereka mendapatkan pendapatan lumayan hanya hasil tinja kambing.Untuk mengetahui lebih lanjut,kawan-kawan dijemput ke tempat beliau untuk melihat sendiri.





Di bawah ini pula adalah Ladang Ternakan Hj Omar yang terletak di Tiang Dua,Melaka.Di sini pula,kawan-kawan akan mempelajari teknik penanaman rumput napier yang betul dan juga sistem saluran air didalam kandang.
Tempat beliau mempunyai sedikit keunikkan sistem saluran air.Selain itu,beliau ada menternak sejenis biri-biri yang jarang kita dapat lihat.Untuk mengetahui apakah spesis dan sebab beliau menternak itu,kawan-kawan kenalah ikuti program ini sampai habis.










Bagi melengkapkan dan memeriahkan lagi aktiviti konvoi ini,kami akan mengadakan makan malam di sebuah restoran Ikan Bakar Terapung yang terletak di Umbai,Melaka.Pada kawan-kawan yang belum pernah sampai lagi..kita layanla gambar dibawah.









p/s : Jadual perjalanan program akan menyusul kemudian.Sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa ke semasa.Harap maklum