Tuesday, July 14, 2009

TIDAK PUAS HATI DENGAN AGROWORLD KER??

Aiii..kenapa pulak topik ni yang saya bangkitkan??Apa yang terjadi???Saya ceritakan serba sedikit apa yang berlaku hari ini.Ada ler seorang Hamba Allah yang hadirnya dari kalangan rakan-rakan saya juga yang tidak puas hati dengan program yang dianjurkan oleh AgroWorld.


Beliau mempertikaikan aktiviti konvoi yang kami anjurkan.Beliau beranggapan kami hanya mengambil kesempatan atas keghairahan orang dalam industri penternakan kambing ini.Beliau membuat tuduhan yang tidak masuk dek akal jugak kadangnya.Kenapa harus ada hasad dengki diantara kita semua??Kenapa perlu menindas dan mengutuk kami??kami ada menyusahkan kawan2 semua ker?kami ada buat paksaan ke utk turut serta program kami?


Untuk pengetahuan,aktiviti konvoi yang kami rancang adalah atas dasar permintaan dari sahabat-sahabat ternak kami.Salah ke cara kami membawa kawan-kawan semua dengan satu imej dan keseragaman?Kami sebagai penternak tidak layak ke memiliki imej dan beruniform??Tidak boleh ke kami berpakaian kemas??Kenapa isu T-shirt harus diperbesarkan?


Kami bergerak atas semua modal sendiri,kami tidak dapat apa-apa bantuan atau sponsor dari mana-mana pihak.Kalau la kami dapat semua tuh..kami tidak akan kenakan apa-apa bayaran.Dalam dunia ni tak de yang free lagi..mati pun pakai duit.Ye la..mana nak beli kain kapan,mana nak upah orang gali kubur,mana nak upah orang mandikan jenazah..sape kata tu semua x perlukan duit.Cume kalau si mati itu diri sendiri..memang kita x pikirla pasal duit.


Maafla kalau kata-kata itu ada buat sesiapa tersinggung.Kami AgroWorld ada cara tersendiri,kalau rasa tidak boleh ikut cara kami...duduk diam saje la.Jangan disebabkan seorang Hamba Allah ni..program kami tergendala semuanya.Kawan-kawan fikirla sendiri..Semuanya dikurniakan otak cerdik pandai,kalau x mane boleh nak menternak..ye x??


Terima kasih pada semua kerana sudi meluangkan masa membaca luahan isi hati kami ini,dan tidak lupa juga terima kasih kami pada kawan-kawan yang terus memberi sokongan dan kata-kata semangat.Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.

0 comments:

Post a Comment