Alhamdulillah,selesai sudah urusan saya ( Mimiey ) di Melaka.Seperti yang kawan-kawan sedia maklum,kami AgroWorld Convoyer akan mengadakan aktiviti Lawatan Sambil Belajar.Kali ini destinasi AgroWorld Convoyer adalah di Negeri Melaka.Alhamdulillah..urusan saya dengan beberapa buah Ladang Ternakan Kambing di Melaka mendapat kerjasama yang baik.Terima kasih saya ucapkan kepada Cikgu Halim ( Samiah Goat Farm ),En Norman ( SGI Integrated Farm ), Haji Omar dan tidak lupa juga pada Azam Best Farm.
Di sini saya menceritakan serba sedikit latarbelakang dan juga tujuan lawatan ke Ladang-ladang Ternakan yang telah disenaraikan.Ini boleh memberi sedikit gambaran kepada semua tentang perjalanan aktiviti yang akan dijalankan.
Di bawah ini adalah Ladang Ternakan milik Cikgu Halim yang terletak di Tabung Naning, Melaka.Nama beliau tidak asing lagi dalam dunia penternakan kambing ini.Beliau mempunyai ternakan kambing hampir 600 ekor.Beliau juga ada mengadakan kursus Penternakan Kambing.Tujuan kami membawa rakan-rakan semua ke sana adalah untuk mempelajari serba sedikit teknik rawatan penyakit ternakan dan pemprosesan makanan ternakan kambing.
Seperti yang kami sedia maklum,kawan-kawan ada meminta kami mendapatkan kebenaran dari Cikgu Halim untuk mempelajari teknik rawatan Batu Karang pada ternakan kambing.Alhamdulillah..beliau sudi berkongsi ilmu berkenaan penyakit ternakan.Saya juga dimaklumkan oleh Cikgu Halim,beliau hanya menurunkan ilmu beliau pada orang yang betul-betul ingin tahu.Dengan kesibukkan beliau setiap hari,mustahil bagi kawan-kawan untuk berjumpa beliau secara peribadi.Dengan adanya insiatif sebegini,beliau tidak menolak untuk menerima kunjungan dari sahabat ternak semua.
Untuk pengetahuan semua,Ladang Ternakan Kambing Cikgu Halim ini akan dirobohkan.Ini kerana tanah kawasan ladang ternakan beliau akan diambil oleh kerajaan Melaka untuk membina Landasan Keretapi.Semua ternakan beliau ini akan di alihkan ke tempat lain.Di bawah ini,saya lampirkan beberapa gambar Ladang Ternakan beliau.

Destinasi seterusnya,AgroWorld Convoyer akan ke Ladang SGI Integrated Farm milik En Norman yang terletak di Bukit Rambai, Melaka.Disini kita akan dapat mempelajari teknik dan kaedah rekod ternakan kambing dan juga penyembelihan.Selain itu,kawan-kawan juga boleh melihat sendiri kelainan kandang beliau.Dibawah ini,saya lampirkan juga beberapa gambar disekeliling Ladang Ternakan beliau.



Destinasi seterusnya,kita akan menuju ke Ladang Ternakan kambing milik En Khairol dan En Shamsul yang terletak di Merlimau,Melaka.Nama Ladang mereka juga tidak asing dikalangan rakan ternak di Malaysia.
Di sini,mereka akan menceritakan serba sedikit pengunaan Tinja kambing dan bagaimana cara mereka mendapatkan pendapatan lumayan hanya hasil tinja kambing.Untuk mengetahui lebih lanjut,kawan-kawan dijemput ke tempat beliau untuk melihat sendiri.


Di bawah ini pula adalah Ladang Ternakan Hj Omar yang terletak di Tiang Dua,Melaka.Di sini pula,kawan-kawan akan mempelajari teknik penanaman rumput napier yang betul dan juga sistem saluran air didalam kandang.


Di bawah ini pula adalah Ladang Ternakan Hj Omar yang terletak di Tiang Dua,Melaka.Di sini pula,kawan-kawan akan mempelajari teknik penanaman rumput napier yang betul dan juga sistem saluran air didalam kandang.
Tempat beliau mempunyai sedikit keunikkan sistem saluran air.Selain itu,beliau ada menternak sejenis biri-biri yang jarang kita dapat lihat.Untuk mengetahui apakah spesis dan sebab beliau menternak itu,kawan-kawan kenalah ikuti program ini sampai habis.







Kuala Lumpur Time
0 comments:
Post a Comment