Wednesday, July 29, 2009

LAWATAN AGROWORLD CONVOYER KE LADANG TERNAKAN KAMBING S.G.I FARM

Seperti yang dirancang..selesai sahaja aktiviti dan lawatan di Ladang Ternakan Cikgu Halim,kami bertolak menuju pula ke S.G.I Farm yang terletak di Bukit Rambai , Melaka.Dalam perjalanan kami ke sana..kami berhenti seketika di Masjid yang berhampiran untuk menunaikan solat zohor.Sesudah itu kami bergerak kembali menuju ke S.G.I Farm.Alhamdulillah...sepanjang perjalanan ke sana semuanya berjalan lancar.Sampai saje kami disana..kami disambut oleh tuan empunya farm iaitu En Norman yang ensem lagi kacak bergaya..hehehe,disamping itu ada juga beberapa sahabat ternak yang lain turut hadir dan berkongsi cerita dengan kami semua.Terima kasih kami ucapkan pada En Hamid ( Mixgoatfarm ) Pak Abu ( bekas kakitangan Veterinar ),En Shahrul ( Pembantu SGI ) dan lain-lain.Di bawah ini ada beberapa gambar sepanjang kami berada di sana.Ingin kami kongsikan pengalaman dan cerita kami disana.Kawan-kawan semua layan la gambar kat bawah tuhhh.....



ape keje la si sharul ( baju coklat ) tuh..hehehe.Sekali En Hamid kite dtg buat spot check daa...hehehe,jgn marah yer...gurau jer.

wah sempat lagi posing dibawah sinaran matahari yang mengelegak di atas kepala nih..hehehe.Belasah ler labu..huhu.Nak perkenalkan jugak siapakah barisan2 jejaka ensem dan awek2 cun di atas..hehe.Dari kiri yg berdiri tu Azrol,Faizal,Azman ( zamanagrofarm ),Falah Dizar,Pn.Shah dan Cik Harna.Dari kiri duduk pula Pok Azam,Mimiey,Pak Abu,En Norman,En Hamid dan En Suffian ( Permatangagrofarm ).


seisi perbincangan yang panas lagi berapi..hehehe


inila kandang milik En Norman..besau betol,lain dari yang lain..ongkosnya banyak ya pak??hehe


huhuhu...siap canopy bagai,macam nak sambut pengantin pulak..hehehe.Kebetulan di hari lawatan kami ke tempat En Norman..beliau mengadakan majlis doa selamat.

p/s: kami bersurai pada jam 6.00ptg dan terus menuju ke tempat penginapan untuk check in.Malam pula kami keluar makan malam di Restoran Ikan Bakar Umbai..nak tahu cerita seterusnya...tunggu sambungannya.hehehe

0 comments:

Post a Comment