Salam semua kawan-kawan....
InsyaAllah cuti hujung minggu ni saya ( Mimiey ) akan turun ke Melaka untuk berbincang dengan beberapa tuan empunya Ladang Ternakan Kambing yang akan dilawati nanti.
Walaupun diri masih lagi tidak stabil dengan khabaran berita kesihatan ayahanda,ini tidak bermakna saya putus asa untuk meneruskan aktiviti yang dirancang.
Berkat sokongan dan dorongan dari kawan-kawan,saya masih berada di lapangan ini.Terima kasih pada semua kerana tidak jemu-jemu memberi nasihat,dorongan dan semangat kepada saya.
Maklumat selanjutnya aktiviti konvoi ke Melaka akan saya kemaskini selepas selesai urusan saya disana.InsyaAllah..jika tiada aral melintang,aktiviti ini akan terus berjalan.
Penyertaan dari semua amatlah saya alu-alukan.Terima kasih juga kepada semua sahabat ternak dari pantai Timur yang akan turut serta pada kali ini.
Thursday, July 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kuala Lumpur Time
0 comments:
Post a Comment