Tuesday, May 5, 2009

AGROWORLD CONVOYER KE TERENGGANU

Assalamualaikum WBT


Terlebih dahulu kami memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi dengan izinNYA aktiviti yang dirancang selama ini berjalan dengan lancar.Alhamdulillah...semua perancangan dapat ditunaikan dan dipermudahkan.Aktiviti konvoi ini berlangsung selama 3 hari dan disertai seramai 15 peserta yang datangnya dari Perak , Melaka , Terengganu , KL dan Selangor.Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti ini.Kerjasama dari anda semua mendatangkan kebaikan dan mengeratkan lagi silaturahim.


Perjalanan kami menuju ke destinasi bertolak pada pukul 7.30 pagi dan diketuai oleh MIMIEY selaku co-pilot menuju ke setiap destinasi mengikut tentatif yang telah dirancang.Sepanjang perjalanan menuju ke Terengganu keadaan jalanraya agak sesak , ini kerana 1 Mei 09 adalah cuti Hari Pekerja yang memberi peluang warga kota pulang ke kampung halaman.Alhamdulillah..berbekalkan cara pemanduan berhemah , kami semua selamat sampai ke destinasi .Destinasi pertama kami pada 1 mei 09 adalah ke ladang ternakan Kembar Teguh Sdn Bhd yang terletak di Jerangau , Tganu.Di sini kami akan ceritakan serba sedikit latar belakang ladang ternakan dan aktiviti kami sepanjang 3 hari di Terengganu.




Di bawah ini adalah gambar ladang ternakan Kembar Teguh milik En Maharaza.Di sini kami cuba sampaikan maklumat yang kami dapat dari En Mohd Bashir Bin Harun yang bertugas di Ladang tersebut untuk di kongsikan dengan sahabat semua.Konsep yang dijalankan oleh Kembar Teguh adalah syarikat SDN BHD.Di ladang ternakan ini terdapat 2 buah kandang ternakan kambing . Unit pertama kandang tersebut menempatkan kambing jenis Jamnapari dan Jawaranduk manakala unit kedua pula menempatkan kambing jenis Jamnapari dan Boer.


Setiap unit kandang tersebut boleh menempatkan 100 ekor kambing pelbagai jenis.Selain itu syarikat Kembar Teguh juga beroperasi sebagai pengeluar Baja Organik , Pengeluar makanan kambing ( PKE , Jerami Padi , soya dan rumput kering ) . Formulasi makanan dibancuh sendiri menggunakan mesin. Selain itu penambahan STAR BIO pada makanan bagi menjamin kualiti makanan.


Selain mengeluarkan Baja Organik dan Makanan Ternakan , Ladang Kembar Teguh juga menawarkan khidmat pasang siap kandang dan jualan benih kacang soya.Ladang Ternakan Kembar Teguh ini mengamalkan sistem separator @ pengasingan seperti anak kecil , dara , jantan , ibu lepas beranak dan lain-lain.


Kesemua maklumat yang kami perolehi ini adalah hasil kerjasama En Bashir bin Harun .Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan dari Institut Haiwan Ayer Itam dan Kolej Pertanian Bukit Kayu Itam selama 3 tahun.












Di bawah ini pula gambar-gambar dari ladang ternakan RED AGRI kepunyaan En Zakaria .Di ladang ternakan ini , beliau lebih memberi fokus kepada ternakan lembu susu. Terdapat hampir 100 ekor lembu susu di ladang beliau.Pada asalnya En Zakaria adalah seorang penternak kambing.Beliau mempunyai alasan yang tersendiri untuk tidak meneruskan ternakan kambing.Kami diberi banyak maklumat dan pandangan dari beliau.Alhamdulillah..semua maklumat yang kami terima itu membuatkan kami lebih bijak berfikir dalam membuat keputusan.











Gambar-gambar di bawah ini pula adalah sebahagian gambar ladang ternakan kepunyaan En Sharif.Beliau merupakan seorang penternak yang berpendirian kuat dalam bidang ternakan ini.Banyak ilmu yang kami dapat dari beliau.Beliau memulakan ternakan kambing ini sejak tahun 2006 lagi.Beliau lebih menekankan pemasalahan kos makanan untuk ternakan.Beliau cuba membuat kajian dan mendapatkan kos sasaran makanan pellet ' 0 '.
Beliau memulakan projek ternakan ini dengan 100% modal sendiri. Ladang ternakan beliau tidak diberi nama , ini kerana beliau mempunyai target tersendiri dan membuat cabaran pada diri sendiri. Kami dimaklumkan oleh beliau , selagi beliau tidak mampu mengeluarkan kambing 100 ekor untuk di jual di pasaran , beliau tidak akan naikkan papan nama bagi ladang beliau.













Selepas selesai lawatan ke ladang ternakan En sharif , kami menuju pula ke ladang ternakan kambing aliffagrotech kepunyaan En Hamidi. Beliau terlibat dengan industri ternakan kambing sejak 4 tahun yang lepas dengan memulakan ternakan sebanyak 10 ekor dan bermodalkan 10 ribu.Di ladang ternakan beliau , terdapat banyak kambing boer cross .Beliau juga mempunyai pendapat sendiri dalam ternakan ini.Banyak maklumat dan perbincangan yang kami lakukan dengan En Hamidi.Terima kasih juga kami ucapkan kepada beliau yang tidak jemu melayan kami semua sepanjang berada di sana.Di harap hubungan kami semua ini akan terus bertambah erat.














Sepanjang kami disana , kami banyak menerima undangan dari penternak-penternak di tganu untuk datang melawat ke tempat mereka.Terima kasih banyak2 kami ucapkan di atas jemputan itu.Ikutkan hati kami mahu sahaja kami masuk ke semua ladang yang ada disana.Memandangkan masa terlalu mencemburui kami , kami hanya berpeluang singgah ke beberapa buah ladang yang tidak termasuk dalam tentatif yang ditetapkan.Kami membuat lawatan ke ladang ternakan En Zul yang terletak di Kuala Berang.Beliau menggunakan konsep ternakan atas tanah untuk ternakan kambing beliau. Ini membuatkan kami tertarik untuk mengetahui lebih lanjut kelebihan dan kekurangan mengunakan sistem tersebut.Banyak maklumat dan maklum balas dari beliau yang kami terima.













Selesai aktiviti lawatan , kami semua menuju ke tempat riadah AIR TERJUN SEKAYU. Di sana kami beristirehat sambil berborak2 kosong dan meminati keindahan alam dan derusan air yang turun dari bukit.









Di sebelah petang pula , kami membuat lawatan ke ladang ternakan Cosmopal yang terletak di Marang , Terengganu.Lawatan kami ini disambut oleh Tuan Haji Zainuddin selaku Pengarah Cosmopal .Banyak ilmu yang kami dapat dari beliau. Kedatangan kami ke ladang beliau untuk mengetahui cara pengurusan , misi dan lain-lain.Alhamdulillah..apa yang kami ingin tahu terjawap oleh En zainuddin.Lawatan kami selesai pada jam 7.00 petang.



















Selepas 1 hari kami kepenatan , kami beristirehat di kedai Air Buah Gelas Besar yang popular di Tganu .







tempat penginapan kami pada ari kedua , DARA INN RESORT



















Lawatan ke tempat pemprosesan makanan ternakan milik Pak Wa'e












lawatan ke ladang rakyat terengganu.ladang tersebut memulakan operasi sejak tahun 1994 lagi.kami dibawa melawat ke kawasan ladang oleh En Mohd Ali.Kelainan yang ditampilkan oleh ladang Rakyat ini ialah konsep kandang tersebut.Di ladang Rakyat ini terdapat 11 buah kandang double dec yang boleh memuatkan hampir 400 ekor setiap kandang.

























































































0 comments:

Post a Comment