
ASSALAMUALAIKUM WBT
Terlebih dahulu kami dari AgroWorld Biotech mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua kerana sudi bertandang ke blog kami yang tidak seberapa ini.Alhamdulillah..dengan Izin Yang Maha Esa,akhirnya AgroWorld dapat direalisasikan oleh kami semua.Tujun AgroWorld ditubuhkan adalah membantu semua orang di atas muka bumi ini bagi menceburi dan menggalakkan lagi bagi memperkembangkan industri Ternakan Kambing terutamanya.Selain itu Agroworld Biotech juga mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan bakal penternak dan juga penternak kambing yang sedia ada.Dengan adanya aktiviti sedemikian..silaturrahim antara satu sama lain akan bertambah akrab.Dengan cara ini juga,kami berpendapat permasalahan dan ilmu dapat dikongsikan dengan semua orang.
Untuk aktiviti seterusnya , kami telah mendapatkan kebenaran secara bertulis untuk melawat beberapa Ladang Ternakan Kambing yang tidak asing lagi namanya di dalam industri ini.Kami ingin berkongsi aktiviti akan datang dengan tuan-tuan dan puan-puan semua.Kami mengalu-alukan penyertaan dari semua bagi memeriahkan lagi konvoi kami serta mendapat sedikit sebanyak ilmu dari 'sifu' kambing.Di sini, kawan-kawan boleh melihat dan bertanya sendiri kepada tuan empunya bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan dalam industri ternakan kambing ini.
Agenda seterusnya,kami akan pergi melawat beberapa ladang Ternakan Kambing di Negeri Terengganu Darul Iman.Aktiviti ini akan diadakan pada cuti Hari Pekerja nanti.Jadual lawatan dan aturcara boleh dirujuk pada TENTATIF yang akan dilampirkan.Kami berharap dengan adanya idea AgroWorld ini industri penternakan kambing mencapai sasarannya dan juga dapat diterima baik oleh semua pihak.
Kuala Lumpur Time
hye...sy begitu berminat dengan segala aktiviti yg telah agroworld adakan.sy mgmbil jurusan bac sn biotech di upm dan skrang dalam tahun kdua.sy berasal dr kemaman.sy nk tanye boleh x sy nk ikut aktiviti yg agroworld adakan untuk tujuan menambahkan lg pengalaman.dan dimana lokasi pejabat agroworld ini.
ReplyDelete