Sunday, July 31, 2011

Kami dah berpindah..

Salam rakan-rakan ternak sekalian. Setelah sekian lama blog ini menyepi, kini kembali dgn lebih segar dan bertenaga...


Sila ke: 



Jangan lupa 'like' ya!!  Salaaam!!!

Wednesday, June 2, 2010

JOM RAMAI-RAMAI SERBU PAMERAN DAN JUALAN DI MPOB!!!!!

Salam semua kengkawan....

Lamenya blog nih sepi tanpa cerita,gosip panas dan aktiviti meletup gituu...(meletup ker?)hahaha.Maaflah kawan-kawan semua blog nih saje yang tak aktif, tapi ownernya sentiasa aktif seh...hahaha.

Nih duk ada cerita baru ni nak kongsilah dengan kawan-kawan semua.Jomlah kita pakat pi ke Majlis Sambutan Ulangtahun ke 10 tahun MPOB di Bangi pada 18hb dan 19hb nih.Kat sana nanti saya dan beberapa orang kawan-kawan yang lain ada membuka booth jualan dan pameran.Nak tahu siapa orang2nya kenalah datang ke sana nanti.

Selain itu,kawan-kawan akan disajikan jugak persembahan dari artis kita iaitu Nabil Raja Lawak dan Sheila Rusli.Meh ler kite pakat pi serang sana noo....hehehe. Sampai kita berjumpa di sana nanti.Insyaallah....

p/s: untuk maklumat lanjut boleh sms sy di talian 017-2522915.

Wednesday, February 10, 2010

AGROWORLD KINI BERUSIA 1 TAHUN.....

Salam semua...

9 Februari 2010 genap setahun penubuhan Agroworld Biotech yang diterajui oleh saudara Falah Dizar,Encik Shahredan,Mimiey dan Cik Krna.Penubuhan Agroworld ini tercetus apabila kami saling berhubungan,berkongsi idea serta bertukar pendapat mengenai industri penternakan kambing di malaysia.

Kejayaan pertama kami sejak penubuhan ini adalah mengadakan aktiviti konvoi iaitu menjelajah ke pantai timur melawat ladang-ladang ternakan sambil belajar.Pelbagai rintangan suka duka kami harungi bersama.Alhamdulillah program yang dirancang berjalan sehingga ke penghujungnya.

Aktiviti konvoi pertama kami agak tidak teratur kerana kami masih baru,tapi berkat kerjasama antara satu sama lain ianya mencapai matlamat dan objektif kami.Terima kasih kami ucapkan kepada semua peserta yang turut serta dalam program yang dianjurkan.

Di bawah ini,kami sertakan gambar-gambar kenangan kami bersama peserta konvoi menjelajah ke Negeri Terengganu Darul Iman dan Melaka Bandaraya Bersejarah.



orang-orang yang bertanggungjawab menjayakan program Agroworld Biotech.Dari kiri saudara Falah,Shahredan,mimiey dan krna.

Gambar di atas ini kami rakamkan di Ladang Rakyat Terengganu yang diketuai oleh Encik Mohamad Ali.Terima kasih kami ucapkan kepada semua tuan empunya ladang yang memberi kerjasama dan sokongan pada kami bagi menjayakan program ini.Mengikut perancangan awal kami hanya 4 buah ladang sahaja yang akan kami lawati,tetapi apabila kami sampai disana,kami dijemput oleh beberapa buah ladang lagi untuk bersama-sama berkongsi ilmu,mengeratkan silaturahim dan berkenal-kenalan.Alhamdulillah...banyak manfaat yang kami dapat dari sana.

Selesai sahaja konvoi pertama kami ke Negeri Terengganu,kami menerima berbagai maklum balas positif dan negatif dari sahabat ternak semua.Kami gunapakaikan apa maklumbalas yang diberi itu bagi memantapkan lagi program ini.Alhamdulillah....program kami mendapat sambutan sekali lagi.Ada dikalangan penternak dan penternak baru meminta kami menganjurkan sekali lagi konvoi ke pantai timur.Atas sokongan semua,program konvoi kedua dijalankan dan kali ini disertai hampir 20 peserta.Terima kasih kami ucapkan pada semua kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menjayakan program ini.Di atas ini,gambar kenangan kami di Ladang Ternakan Cosmopal yang diketuai oleh Hj Zainuddin dan anaknya.


Selesai sahaja program kami di pantai timur,kami membuat perancangan pula untuk mengadakan konvoi terakhir sebelum kedatangan Bulan Ramadhan.Konvoi ketiga kami kali ini menuju pula ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.Walaupun hanya 10 peserta yang terlibat,kami merasakan konvoi ke Melaka ini adalah konvoi terbaik kami.Ini kerana segala perjalanan berjalan dengan baik dan tepat pada masanya.Terima kasih kami ucapkan pada semua peserta dan tuan empunya ladang yang memberi kerjasama dan sokongan.Gambar kenangan terakhir ini,kami rakamkan diladang ternakan Alpha Megah kepunyaan Hj Omar.
Insyaallah,jika diizinkanNYA...kami akan kembali aktif dengan program-program baru untuk manfaat kita semua.Sokongan dari sahabat semua amatlah kami alu-alukan.Terima kasih pada semua kerana terus menyokong kami.Sampai kita bertemu lagi di lain hari dengan program baru serta kelainan yang dibawa.Sekian...........................




Sunday, October 18, 2009

PERKHIDMATAN MEMBUAT KERTAS KERJA PINJAMAN UNTUK SEMUA JENIS PERNIAGAAN

Satu Syarikat berdaftar yang menawarkan perkhidmatan menyediakan kertas kerja bagi tujuan mendapatkan pembiayaan bank dan Dana-dana lain. SEHINGGA HARI INI KAMI TELAH MEMBANTU LEBIH DARI 700 USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA MENYEDIAKAN KERTAS KERJA DAN BERJAYA MEMPEROLEHI PEMBIAYAAN DARI INSTITUSI KEWANGAN TEMPATAN DAN KEMENTERIAN. Kami menyediakan

1) KERTAS KREDIT
2) ALIRAN TUNAI PERNIAGAAN
3) RANCANGAN PERNIAGAAN
4) Lawatan Tapak (Gambar)
5) ANALISA PASARAN (MARKET SURVEY)
6) LAPORAN UNTUNG RUGI TAHUNAN
7) LAPORAN AUDIT
8) Dan Dokumen-dokumen lain

Ini adalah PERKHIDMATAN PROFESIONAL dan kami mengenakan caj profesional sahaja. Dengan pengalaman lebih 15 tahun bertugas di Institusi Kewangan, kami yakin dapat membantu usahawan-usahawan bagi mempermudahkan setiap permohonan. UNTUK MAKLUMAT TERPERINCI SILA HUBUNGI : 017-2792549 ( MIMIEY )

Monday, August 31, 2009

SALAM MERDEKA


Saturday, August 29, 2009

Wednesday, July 29, 2009

LAWATAN TERAKHIR AGROWORLD CONVOYER KE AZAM BEST FARM

Akhirnya..destinasi terakhir konvoi kami pada kali ini ialah ke Ladang Ternakan Azam Best Farm yang terletak di Merlimau.Kedatangan kami di sana disambut oleh En Khairol yang tersipu2 malu..hehehe.Selesai sahaja aktiviti kami di tempat Hj Omar..kami semua singgah di Medan Selera Pekan Merlimau untuk makan tengahari dan seterusnya solat Zohor disana.Perjalanan kami ke sana semuanya berjalan lancar..sehingga kami semua hampir terbabas..huhu.Mane tidaknya..saya yang menjadi pemandu arah hanya memandang di tepi jalan mencari jalan masuk ke tempat beliau.Sudah hampir ke jalan masuk baru saya perasan 'signboard' AZAM BEST FARM yang sentiasa berada ditepi jalan sudah tiada..aper lagi,kami semua brek mengejutla..maaf ye kawan2,saya terlalai seketika..( dlm hati..nanti ko kerol,aku ketuk jgk dia nih..hehe).Jom la kita layan jerr gambar kat bawah.



hehehe..pok azam menceritakan detik2 cemas yang berlaku dipersimpangan masuk


aii..ni la signboard yang buat kami semua hampir terbabas.Kata kerol..signboard tu baru saje dicabut oleh pihak Majlis.Patut ler xde kat luor sana..


sempat lagi pok azam posing ngan anak biri2 dorper.


Kerol tengah menerangkan sedikit sebanyak perjalanan penternakan beliau serta jenis2 kambing yang terdapat di kandang beliau.



aii bro..x abis2 duk perah dari tkdi..hehehe.


sampai disini sahaja coretan kami pada kali ini.Kami mengucapkan ribuan Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti konvoi ini.Jasamu semua akan kami kenang buat selama-lamanya.Kami cuba melakukan yang terbaik untuk anda semua..Maaf,jika ada kekurangan dari pihak kami.Yang baik datangnya dari ALLAH SWT..yang lemah dan tidak baik datangnya dari kami.Mohon ampun dan maaf dari kami..Semoga hubungan yang terjalin akan terus terjalin.InsyaAllah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kita akan berjumpa pada next konvoi ke Indonesia pada bulan Oktober nanti.InsyaAllah